View: 1613|Reply: 1
|
Tak ada kawan baik sebab cantik
[Copy link]
|
|
ARIANA. FOTO TikTok Ariana
London: Seorang wanita mendakwa dia tidak mempunyai rakan baik wanita kerana terlalu cantik.
Pengguna TikTok, Ariana meluahkan keinginannya untuk memiliki kawan wanita kerana hasrat itu masih tidak tertunai.
Dia yang mempunyai 50,000 pengikut itu mendakwa terpaksa berhempas pulas untuk berkawan dengan wanita lain.
Ariana juga menganggap dia memiliki 'kelebihan kejelitaan' sehingga sukar berkawan dengan mana-mana wanita.
Menerusi video di akaun TikTok, dia bersedia dikecam dengan kenyataannya yang didakwa seperti membangga diri.
Ariana berkata, menjadi jelita menjadikan pelbagai perkara dalam kehidupan ini lebih mudah.
Bagaimanapun, dia mengakui kejelitaan itu juga boleh menyebabkan pelbagai perkara negatif berlaku.
"Masih ada sisi negatif yang berlaku dalam hidup ini dan saya akan menceritakan pengalaman itu.
"Saya tidak memiliki ramai kawan wanita dan ada kalanya terpaksa berkerja keras untuk berkawan dengan seseorang," katanya.
Katanya, isu ini bukan baru berlaku kepada dirinya kerana ia sudah berlarutan sejak sekolah hingga universiti.
"Saya sering dipinggirkan malah ada yang bercakap tidak baik di belakang saya.
"Ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana saya seorang yang baik dan tidak berpura-pura," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cari geng yg sama2 cantik lerr, ape susah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|