View: 2888|Reply: 1
|
[SEJARAH]
Tokoh Pertama Temui Bijih Timah Adalah Long Jaafar Namun Ia Direbut Buruh Cina & British!
[Copy link]
|
|
Tokoh Pertama Temui Bijih Timah Adalah Long Jaafar Namun Ia Direbut Buruh Cina & British!
Che Long Jaafar berketurunan Penghulu Lubuk Merbau daerah Kuala Kangsar, tiba di Larut pada tahun 1840 atas titah Sultan Perak untuk membantu Datuk Panglima Bukit Gantang (Che Alang Idin) menjalankan pemerintahan di Kerian dan Kurau.
Pada tahun 1848, Che Long Jaafar membuka lombong bijih timah di Klian Pauh dan membawa masuk buruh Cina bekerja di lombongnya.
Pada 6 November 1850, Che Long Jaafar diberi kuasa memerintah daerah Larut, Kerian hingga Matang dan Selama.
Sebagai seorang hartawan yang berpengaruh, beliau mendirikan sebuah kota yang lengkap dengan pusat pentadbiran, kediaman orang-orangnya dan juga menubuhkan pasukan polisnya sendiri.
Beliau juga seorang yang kuat beribadat dan mempunyai ramai guru agama. Pada zaman pemerintahannya, kawasan Larut aman dan damai.
Che Long Jaafar meninggal dunia pada tahun 1857 setelah tujuh tahun memerintah daerah Larut yang berpusat di Bukit Gantang.
Bagaimana Bijih Timah Ditemui
Apabila bercerita tentang penemuan pertama bijih timah di Larut, semuanya bermula apabila seekor gajah bernama Si Larut milik Long Jaafar yang hilang ditemui semula.
Apabila ditemui semula, Long Jaafar berasa hairan melihat akan kaki gajahnya yang diselaputi lumpur yang keras. Apabila pelik dan hairan dengan kejadian itu, Long Jaafar mengambil keputusan untuk menyiasat perkara tersebut sehinggalah mengetahui hal yang sebenar bahawa ketulan yang menyelaputi kaki gajahnya si Larut itu adalah bijih timah.
Dengan terjumpanya bijih timah dalam tahun 1848 maka berubahlah aliran sejarah negeri itu. Long Jaafar (bapa kepada Ngah Ibrahim), wakil Sultan di daerah itu telah menguruskan atas perbelanjaannya sendiri, usaha membuka lombong bijih di Kelian Pauh dengan mengupah 20 orang Cina puak Chen Seng Hakka (dari daerah Kwantung).
Kongsi Gelap Cina Mula Tunjuk Minat
Perusahaan melombong di tempat itu bertambah maju sehingga ramailah pelombong-pelombong Cina bersama-sama kongsi gelap mereka dari Pulau Pinang datang untuk bekerja di situ.
Terdapat beberapa buah kumpulan kongsi gelap yang bermusuhan di Larut yang bergabung dalam dua kumpulan yang besar iaitu kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin.
Permusuhan itu telah menjadikan Larut sebagai “sebuah gelanggang besar di mana pembunuhan, kekerasan dan rompak samun berlaku terus-terusan”. Pada tahun 1871, dianggarkan bahawa jumlah pelombong-pelombong Cina ialah 40,000 itu orang.
Nilai bijih timah yang dihantar ke Pulau Pinang pada tahun itu ialah 1,276,518 ringgit dan kebanyakannya daripada Larut. Pada 24 Februari, 1872, telah berlaku satu pergaduhan besar antara puak-puak Ghee Hin dan Hai San.
Api pergaduhan ini telah bermula sejak awal bulan Februari lagi apabila seorang gadis puak Chen Seng (puak kumpulan Hai San) yang menyintai seorang pemuda puak San Neng (puak kumpulan Ghee Hin) dicederakan dengan teruk oleh orang-orang kumpulan Ghee Hin sebagai satu amaran kepada kumpulan Hai San.
Akibat kejadian itu rasa permusuhan di antara kedua-dua kumpulan itu begitu memuncak dan akhirnya Perang Larut ke 3 (24 Februari, 1872) telah berlaku yang hanya disebabkan oleh pergaduhan kecil mengenai perjudian.
Dalam pergaduhan ini pihak Ghee Hin telah menang dan seramai 10,000 orang-orang Hai San terpaksa meninggalkan Larut dan lari ke Pulau Pinang.
Ngah Ibrahim yang sentiasa berubah-ubah sokongannya terhadap kedua-dua kumpulan itu tidak dapat mengawal keadaan.
Sumber:https://demimalaiu.com/tokoh-per ... gbcrDoPJIzRgjqFhPb4
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Api pergaduhan ini telah bermula sejak awal bulan Februari lagi apabila seorang gadis puak Chen Seng (puak kumpulan Hai San) yang menyintai seorang pemuda puak San Neng (puak kumpulan Ghee Hin) dicederakan dengan teruk oleh orang-orang kumpulan Ghee Hin sebagai satu amaran kepada kumpulan Hai San.
apoo?? pukul pompan??? soooo tak gentleman... |
|
|
|
|
|
|
| |
|