View: 1705|Reply: 1
|
Kajian Mendapati Memakai Mask Membuatkan Wajah Anda Lebih Menarik
[Copy link]
|
|
Kajian Mendapati Memakai Mask Membuatkan Wajah Anda Lebih Menarik
Memakai pelitup muka bukan lagi sebuah trend malah menjadi sesuatu perkara yang wajib bagi semua masyarakat pada masa kini. Hal ini terjadi setelah dunia dilanda wabak covid-19 dan menyebabkan banyak kematian akibat wabak tersebut.
Memakai pelitup muka pada masa kini adalah perkara yang wajib dan tindakan tegas boleh di ambil jika ada yang melanggarnya. Ini bagi mencegah penyakit tersebut dari terus merebak. Namun, tahukah korang terdapat satu kajian baharu mendapati pemakaian pelitup muka mampu menjadikan wajah seseorang individu kelihatan lebih menarik.
Lapor Daily Mail, kajian itu mendakwa individu yang mengenakan pelitup muka dianggap lebih menarik berbanding golongan tidak menutup muka mereka.
Pasukan penyelidik dari Universiti Cardiff mendakwa pelitup muka mampu menjadikan golongan lelaki mahupun wanita kelihatan lebih menarik di mata seseorang.
Kajian yang bermula pada Februari tahun lalu, meminta 43 wanita menilai gambar lelaki berdasarkan daya tarikan mereka.
Wanita berkenaan ditunjukkan gambar lelaki mengenakan dua jenis pelitup muka, dengan sebahagian muka ditutup dan tidak menutup langsung.
Dilaporkan, pelitup muka jenis perubatan dan pelitup muka kain biasa digunakan dalam kajian tersebut.
Para wanita berpandangan lelaki yang memakai pelitup muka perubatan adalah paling menarik.
Sementara itu, Dr. Micheal Lewis dari Universiti Cardiff berkata, kajian dilakukan itu membuktikan keutamaan individu berubah mengikut peredaran masa.
Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Cognitive Research.
Sumber: Utusan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru nk menyumpah...ingatkan kajian dlm mesia |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|