
TERBABAS: Keadaan kenderaan mangsa yang terbabas di Kampung Menengah di sini.
SIPITANG: Dua lelaki mengalami kecederaan selepas kereta dinaiki terbabas sendiri di Kampung Menengah di sini kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang Janil Jaya berkata lapan anggota serta pegawai digerakkan ke lokasi selepas pihak balai menerima panggilan pada jam 9 malam.
“Pasukan bomba membantu mengeluarkan dua mangsa di dalam kenderaan jenis sedan yang terbabas dan diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum menamatkan operasi pada jam 9.35 malam.
utusanborneo.com.my/2022/01/20 |