CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

Beijing hukum pegawai gagal urus banjir di Henan

[Copy link]
Post time 22-1-2022 01:48 PM | Show all posts |Read mode

Kediaman di Xinxian, Henan ditenggelami banjir pada Julai 2021 berikutan hujan lebat. - Foto fail REUTERS

BEIJING: Beijing mengenakan hukuman terhadap hampir 100 pegawai dan pengurus syarikat kerana mengabaikan tugas di wilayah Henan yang dilanda banjir buruk, mengorbankan ratusan nyawa Julai lalu, menurut agensi berita Xinhua pada Jumaat.

Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis di Zhengzhou, ibu kota wilayah Henan dan Naib Datuk Bandar Zhengzhou, Wu Fumin dipecat.

Mereka antara 89 pegawai tempatan yang dikenakan hukuman oleh kerajaan pusat kerana pengendalian lemah terhadap tindak balas kecemasan banjir, kata Xinhua, memetik kesimpulan siasatan diketuai kerajaan pusat di Beijing.

Kerajaan menyifatkan banjir Henan sebagai yang terburuk sejak China mula menyimpan rekod meteorologi.


Dari 17 hingga 23 Julai lalu, 398 orang maut atau hilang di wilayah Henan, menurut laporan Xinhua, yang diterbitkan di laman web kerajaan pusat pada Jumaat.

"Terdapat masalah lewat pelaporan dan penyembunyian dalam pelaporan maklumat bencana, dan kecuaian... daripada jawatankuasa parti peringkat rendah, kerajaan dan jabatan berkaitan," menurut laporan itu.

Beberapa pengurus syarikat yang bertanggungjawab untuk pembinaan infrastruktur Zhengzhou, termasuk laluan kereta api bawah tanah yang mana 14 orang lemas, isu yang dibincangkan secara meluas di media sosial China, adalah antara 11 orang yang ditahan hasil siasatan kerajaan pusat.

Henan, wilayah berpenduduk dua kali ganda saiz Austria yang mana Zhengzhou dihuni 12 juta orang, turut mengalami kerugian ekonomi langsung berjumlah AS$19 bilion (RM80 bilion), lapor Xinhua.

Di China, pegawai wilayah dan perbandaran sering diturunkan pangkat oleh kerajaan pusat sebagai tindak balas terhadap pengendalian buruk bencana alam.

Pegawai di bandar Wuhan dan wilayah Hubei juga dihukum kerana pandemik awal COVID-19 yang mengorbankan 4,512 orang di wilayah itu, menurut statistik rasmi kerajaan. - REUTERS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037573 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list