CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 467|Reply: 0

[Sabah] 20 individu dikehendaki mempunyai hubungan dengan ASG

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:30 PM | Show all posts |Read mode


BAHARU: Lima individu terbaharu dimasukkan dalam senarai termasuk keepers, komander ASG Sulu dan sub leader yang pakar membuat bom.



DIKEHENDAKI: 15 individu yang tersenarai dalam kes jenayah rentas sempadan dan KFR di EssZone.

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengeluarkan 20 identiti individu yang mempunyai hubungan dengan Militan Abu Sayyaf (ASG).

Komander ESSCOM Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata kesemua individu warganegara asing itu juga berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan dalam kes jenayah rentas sempadan dan culik untuk wang tebusan (KFR) di EssZone.

Menurutnya susulan kejayaan ESSCOM menumpaskan sel-sel kumpulan ASG di Sabah tahun lalu kemudiannya berjaya membawa kepada pendedahan aktiviti terbaharu kumpulan ini.

“Lima individu baharu yang dimasukkan dalam senarai ialah Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin, Ismurah Jirah yang dipercayai berperanan sebagai keepers dan terlibat dalam kes penculikan di perairan tambisan.  

“Individu keempat ialah Madjid Said @ Ammah Pattit ialah ketua paling senior Daulah Islamiah (DI) Sulu Based dan berperanan sebagai komander ASG Sulu serta sub leader yang bakal menggantikan Hatib Hajan Sawadjaan.  

“Individu kelima ialah Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan yang juga anak saudara kepada Hatib Hajan Sawadjaan dan sub leader dalam ASG serta mempunyai kepakaran membuat bom selain merancang letupan bagi insiden di 'The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo’pada 27 Januari 2020 dan insiden lain di Jolo pada 24 Ogos 2020,” katanya.

Beliau berkata 15 lagi individu adalah mereka yang tersenarai dalam suspek dikehendaki termasuklah Salip Mura, AI Munjir Yadah, Ben Tatoh Quirino, Basaron Arok, Mujimar Sawadjaan @ Rasad, Marajan @ Manajan Asiri, Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw, Jul @ Jun Hasan, Barak Undog @ Alvin, Hamsan  Pakkan @ Black Cobra, Sabri Madrasul @ Salip Jul, Hadji Wahad @ Talip, Tampi @ Bunju, Haibin Mubin @ Apo Kuhambo dan Sangbas Parisko.  

“Lima individu dikehendaki dalam senarai Wanted List Jun 2021 iaitu Apo Mike @ Majan Sahidjuan, Raden Abuh, Long Sahirin, Japs Sawadjaan @ Musafar Sawadjaan dan Halipa sudah ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina di selatan negara tersebut.  

“ESSCOM akan memperhebatkan operasi khas untuk menjejaki anasir terlibat dan melancarkan operasi bersepadu laut dan darat bagi membenteras elemen tidak diingini di EssZone serta penceroboh yang menceroboh keamanan dan keselamatan di kawasan ini.  

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai senarai individu yang dikehendaki ini boleh menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau menghantar maklumat melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.055773 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list