Edited by Vellfire at 29-1-2022 01:38 AM

SYAZWAN dan isteri Afifah Mohamad bergambar-sama bersama kakitangan GRC.
KUCHING: Bergelar ahli perniagaan berjaya pasti nampak gah pada pandangan masyarakat, namun tiada siapa tahu jerih perih yang terpaksa ditempuh oleh usahawan.
Meskipun pelbagai cabaran perlu dilalui sebelum mengecapi kejayaan, mereka tetap berusaha dan tidak berputus asa memperbaiki strategi memajukan perniagaan masing-masing.
Usahawan berjaya sebegini terutama dalam kalangan anak muda wajar dikongsikan sebagai inspirasi kepada orang ramai.
Bagi Pengasas Gigit Rangup Cookies (GRC) Mohd Syazwan Mustaffa, minatnya dalam membuat biskut dan kek sejak melihat potensi makanan ringan tersebut terutama pada musim perayaan.
Sejak itu, beliau bersama-sama isteri memasang niat untuk bergelar usahawan biskut.
Berkat usaha dan minat yang mendalam, lahirlah produk GRC yang menggabungkan kaedah pembuatan biskut secara inovatif bagi menghasilkan biskut berkualiti dengan pelbagai rasa unik.
Namun perjalanan anak Kuching ini membina empayar perniagaan biskut tidak semudah disangka.
“Pada permulaan agak sukar untuk produk yang dihasilkannya, namun selepas menuntut ilmu dan belajar daripada pengalaman, produknya kini berada di merata tempat,” katanya.
Selain menjual biskut, Syazwan yang kini sudah mempunyai 4,000 ejen jualan di seluruh Sarawak merancang untuk melahirkan 10,000 ejen dalam kalangan wanita.
“Alhamdulillah, kita sudah mempunyai lebih 4,000 ejen di seluruh negeri setakat ini dan kita merancang untuk melahirkan 10,000 ejen tahun ini,” ujarnya.
Menurutnya lagi, syarikatnya berhasrat untuk melahirkan lebih ramai ejen yang lebih berjaya pada masa akan datang.
“Pada permulaan ada antara ejen kita bermula secara separuh masa ,namun sekarang ramai yang menjadikan kerjaya sebagai ejen secara tetap dan sepenuh masa,” jelasnya.
KAKITANGAN GRC gigih membuat biskut yang ditempah pelanggan.
Suaraswk
January 28, 2022 |