|
ELENA (kiri) menemui botol bersurat berkenaan.
Oslo: Mesej yang ditulis seorang budak perempuan di Aberdeenshire, Scotland ditemukan di Norway, selepas 25 tahun.
Joanna Buchan hanya berusia lapan tahun membuang botol berisi mesej itu ketika berada di atas bot di Peterhead pada 1996.
Dia membuang botol itu di laut ketika melakukan satu projek untuk sekolahnya.
Botol itu kemudiannya ditemukan 1,287 kilometer (km) di Gasvaer, utara Norway oleh Elena Andreassen Haga, yang kemudian menjejaki Joanna menerusi media sosial.
Surat berkenaan berkisarkan mengenai kisah 'cinta monyet'.
Dalam surat tulisan tangan itu juga, Joanna menceritakan mengenai anjing peliharaannya, projek sekolah dan minatnya mengumpul Blu Tack (sejenis dempul yang boleh diguna semula).
Elena, 37, berkata kepada BBC, dia menemui botol hijau itu pada musim panas 2020 dan melihat ada sesuatu di dalamnya.
"Saya membuka botol itu berhati-hati kerana dapat lihat ada surat di dalamnya yang mungkin sudah hanyut lama di laut.
"Akhirnya saya berjaya membuka botol, mengeluarkan dan membaca surat berkenaan.
"Anak lelaki saya Eliah berusia enam tahun ketika kami menemui botol itu tidak memahami hiburan 'cara lama' ini," katanya.
Wanita Norway itu kemudian cuba menghubungi Joanna menerusi Facebook (FB), namun pada mulanya usaha itu tidak berjaya.
Elena berkata, bapanya yang kini berusia 66 tahun juga sebelum ini pernah menemui botol berisi surat ketika berusia lima tahun di lokasi yang sama.
Joanna kini berusia 34 tahun dan bekerja sebagai doktor di New South Wales, Australia.
"Saya ada terima notifikasi di FB pada 2020 ketika memeriksa bahagian message request.
"Saya masih ingat menghanyutkan botol berisi surat di Peterhead Central School pada 1996," katanya.
"Saya ketawa besar apabila membaca semula surat tulisan tangan yang menceritakan mengenai rumah besar dan minat terhadap patung beruang," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|