CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

[Sarawak] Skim Pembesaran Kampung Sg Ladong lulus

[Copy link]
Post time 30-1-2022 04:50 PM | Show all posts |Read mode


Julaihi merakamkan gambar bersama tetamu yang hadir pada majlis kesyukuran di Sebuyau, Sabtu lepas.

KUCHING: Kerajaan negeri meluluskan Skim Pembesaran Kampung (SPK) Sungai Ladong di Sebuyau, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi.

Menurut Julaihi skim ini diperkenalkan bagi menempatkan penduduk yang terdedah kepada hakisan sungai selain jumlah penduduk yang semakin padat.

“Kita sudah mengenal pasti kawasan seluas 29 ekar bagi tujuan skim ini dengan anggaran kos RM17 juta.

“Antara komponen dalam SPK ini ialah lot kediaman, jalan tar, parit konkrit, talian elektrik, saluran paip air, rizab kerajaan, kawasan terbuka dan rizab jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kesyukuran Kemenangan PRN12 DUN Sebuyau dan Pengiktirafan Sebuyau Sebagai Daerah Penuh di Sebuyau, Sabtu lepas.

Pada majlis itu Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berterima kasih kepada Jentera Pilihan Raya Sebuyau atas kerja keras memastikan kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kerusi itu.

Kemenangan ini katanya amat bermakna lebih-lebih lagi apabila Sebuyau kini diangkat menjadi daerah penuh.

Beliau juga berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepercayaan melantik beliau menerajui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.


utusanborneo.com.my/2022/01/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.094569 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list