
KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kajian terkini RECoVaM di Malaysia menunjukkan lebih 90% keberkesanan terhadap jangkitan #COVID-19 daripada vaksin primer dan dos penggalak berbanding dua dos lengkap.
“Perlindungan vaksin heterologous (2xSinovac+Pfizer) lebih tinggi berbanding vaksin homologous (3xSinovac),” katanya.
“Perlindungan terhadap jangkitan Covid-19 adalah lebih 90 peratus dengan tiga dos vaksin,” katanya lagi. Yang memetik Pengarah Institut Kajian Klinikal, KKM.
Jelasnya, tiga dos Pfixer memberi kesan 99 peratus perlindungan, 2 kali dos Sonovac dan satu dos Pfizer membawa 94 peratus perlindungan.
Katanya lagi, tiga dos Sinovac membawa perlindungan Covid-19 sebanyak 92 peratus.
sarawakvoice.com/2022/01/30 |