CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

[Sarawak] Bantuan ibu bersalin beri manfaat ringankan beban rakyat Sarawak

[Copy link]
Post time 2-2-2022 10:34 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Bantuan Ibu Bersalin (BIB) yang merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak bertujuan membantu setiap ibu tempatan yang melahirkan anak.

Inisiatif pemberian bantuan berjumlah RM450 itu dapat membantu keperluan ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Salah seorang penerima iaitu Nazirah Mohamad berkata, bantuan tersebut banyak membantu menampung keperluan selepas beliau melahirkan anaknya pada tahun lepas.

“Saya telah mendapat bantuan ibu bersalin (BIB) ini tahun lepas dalam tempoh sebulan lepas melahirkan anak dan saya gunakan duit itu untuk membeli keperluan anak saya yang baru lahir kerana memang banyak yang diperlukan.

“Dengan bantuan ini, saya berasa dihargai oleh kerajaan Sarawak dan ia umpama hadiah buat kami ibu yang melahirkan anak,”katanya ketika ditemui oleh Wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Manakala bagi Mengsi raduan, beliau menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas bantuan tersebut yang membantu menampung kewangan keluarga dan keperluan semasa.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana dengan bantuan ini saya dapat membantu saya meringankan beban saya,” ujarnya.

Sementara itu, bagi Siti Masitah Rahman pula, beliau menzahirkan rasa hormatnya kepada kerajaan sarawak di atas inisiatif yang dilaksanakan seperti bantuan ibu bersalin ini dan beberapa bantuan lain yang secara langsung membantu meringankan beban rakyat.

“Bantuan ini banyak faedah kepada ibu bersalin kerana mereka perlu kewangan yang banyak untuk keperluan anak.

“Saya hormat dengan Kerajaan kerana mahu beri bantuan seperti BIB ini, Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dan banyak lagi untuk rakyat.

“Dengan bantuan ini, rakyat kurang beban untuk jalani kehidupan harian mereka,” kata Siti Masitah lagi.

Permohonan BIB ini boleh dibuat secara dalam talian di aplikasi iSarawakCare yang boleh diMuat turun di Google Play Store dan Apple App Store atau secara manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching sahaja).

Permohonan bantuan ini adalah untuk warganegara Malaysia, ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection), melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak dan pendaftaran boleh dibuat apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga tiga bulan selepas bersalin.


sarawakvoice.com/2022/02/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.215603 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list