CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 0

[Sarawak] Sabung ayam, dua beradik dicekup

[Copy link]
Post time 4-2-2022 08:16 AM | Show all posts |Read mode


Antara barang kes yang dirampas dalam serbuan itu.

LAWAS: Dua beradik diberkas, manakala beberapa individu berjaya melarikan diri dalam serbuan di kawasan lapang di Kampung Siang-Siang Laut yang dipercayai dijadikan lubuk kegiatan menyabung ayam pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Sila Kadong berkata, dalam serbuan jam 11.45 pagi itu, dua beradik  kedua-duanya warga tempatan berusia 34 dan 38 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sabung ayam.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Lawas menyerbu kawasan lapang di Kampung Siang-Siang Laut, telah menahan dua lelaki manakala selebihnya berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis juga merampas dua ekor ayam sabung yang mati dipercayai digunakan dalam kegiatan sabung ayam haram itu.

Dalam serbuan itu, Sila memberitahu polis turut merampas beberapa peralatan perjudian holo termasuk kain kanvas putih tertera gambar haiwan, tiga keping dadu, meja kayu, kerusi plastik dan wang tunai berjumlah RM485.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 3 (1) (Pencegahan) Kekejaman Ke Atas Haiwan) Ordinan 1963.


utusanborneo.com.my/2022/02/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.680465 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list