CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 1

[Sarawak] Jujur tahap kesihatan anak, jangan hantar ke sekolah sekiranya ada simptom

[Copy link]
Post time 4-2-2022 07:40 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) mengingatkan kepada ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka sihat dan tiada simptom COVID-19 sebelum kembali ke sekolah selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Presidennya, Zulkiflee Sebli (gambar) berkata ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan tiada penularan kes di sekolah selepas perayaan ini.

"Elak hantar anak-anak ke sekolah jika mereka mempunyai simptom jangkitan COVID-19 kerana kita tidak mahu penularan berlaku di sekolah-sekolah dalam negeri kita.

"Ibu bapa harus jujur kepada tahap kesihatan anak-anak dan jangan memaksa mereka hadir ke sekolah jika mengalami simptom-simptom tertentu terutamanya demam, batuk dan selesema.

"Bagi anak-anak mereka tidak tahu dan hanya mengikut arahan daripada ibu bapa untuk ke sekolah walaupun mempunyai simptom jangkitan," katanya kepada Utusan Borneo, hari ini.

Selain itu, katanya KGBS berharap sekolah juga harus sentiasa mengingatkan ibu bapa akan bahayanya penularan COVID-19 di sekolah.

Beliau berkata peringatan yang lebih kerap dalam kumpulan WhatsApp sekolah perlu untuk memastikan ibu bapa lebih peka kepada langkah-langkah keselamatan dan pencegahan.

Zulkiflee berkata, semua sedia maklum bahawa cuti Tahun Baharu Cina akan berakhir pada hujung minggu ini dan selepas lebih seminggu bercuti, murid-murid pasti rasa teruja kembali ke sekolah.

"Bagi kita di Sarawak, kebanyakan sekolah telah memohon cuti peristiwa pada Jumaat. Ini menjadikan cuti Tahun Baharu Cina dipanjangkan kepada sembilan hari.

"Bagi ibu bapa yang telah merancang percutian keluarga, tempoh sembilan hari ini merupakan tempoh masa yang agak panjang," katanya.

Beliau berkata bagi keluarga yang berkemampuan akan bercuti di luar Sarawak terutamanya ke Semenanjung.

Tambahnya dengan keadaan penularan COVID-19 di Semenanjung yang semakin meningkat, ia pasti akan menjadi kebimbangan jika kes di Sarawak semakin meningkat selepas ini.

"Kita sangat bersyukur kerana Sarawak kesnya tidak menunjukkan peningkatan beberapa minggu lepas.

"Dalam pada itu, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih lagi perlu diingatkan setiap masa sama ada oleh ibu bapa ataupun pihak sekolah. SOP ketat masih perlu kita jaga demi mengekang penularan COVID-19 ini," tegas Zulkiflee.


utusanborneo.com.my/2022/02/04
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2022 07:46 PM | Show all posts


Ambil tindakan awal, pastikan sekolah dibuka selamat selepas perayaan


KUCHING: Pihak sekolah serta ibu bapa digesa untuk mengambil tindakan awal kepada anak-anak mereka bagi memastikan sekolah boleh dibuka dengan selamat khasnya selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Adam Prakash Abdullah (gambar) berkata antaranya ibu bapa dimohon agar memastikan anak-anak mereka dalam keadaan sihat dan bebas jangkitan COVID-19 sebelum dihantar ke sekolah.

"Kita faham anak anak ini telah berada di rumah atau kampung dan mungkin juga telah pergi bercuti dengan keluarga mereka.

"STU memohon agar ibu bapa boleh melakukan ujian saringan RTK ke atas anak mereka sebelum dibawa ke sekolah.

"Ini merupakan satu langkah yang bertanggungjawab yang boleh dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak anak mereka," katanya kepada Utusan Borneo, hari ini.

Kesatuan kata Adam berdoa agar tiada sebarang kluster sekolah yang akan berlaku di Sarawak.

Jelasnya peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam memastikan sekolah tempat yang selamat untuk sesi persekolahan.

"Bersamalah kita berusaha memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi oleh semua," katanya.

Sementara itu Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak turut melahirkan kebimbangan pembukaan sekolah selepas sambutan Tahun Baharu Cina susulan daripada kes yang dilihat menunjukkan sedikit peningkatan sejak akhir-akhir ini.


Yang Dipertuanya, Datuk Rozalix Edi Wahab (gambar) berkata di mana ada kemungkinan ia akan meningkatkan penyebaran di kalangan pelajar atau di sekolah.

"Mapim Sarawak ingin menasihatkan kepada ibu bapa serta pelajar terutamanya untuk terus mematuhi SOP yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan.

"Kita juga berharap sekolah lebih memberi tumpuan mengenai SOP yang telah dilaksanakan untuk dipatuhi pelajar seperti sebelumnya," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/04

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.046810 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list