View: 749|Reply: 0
|
Masuk tali nilon dalam alat sulit
[Copy link]
|
|
Tali nilon yang dimasukkan dalam alat sulit lelaki itu. FOTO agensi
London: Seorang lelaki membuat kerja gila apabila memasukkan tali nilon sepanjang dua meter ke alat sulitnya bagi mendapatkan kepuasan seks.
Pesakit berusia 37 tahun yang berasal dari Indonesia itu memasukkan tali berkenaan sambil menonton video lucah.
Perbuatan sia-sia lelaki itu diterbitkan dalam laporan penyelidikan negara Asia baru-baru ini.
Menurut laporan, lelaki itu dimasukkan ke bilik kecemasan hospital selepas mengadu sakit pada bahagian bawah perutnya.
Pasukan penyelidik berkata, komunikasi dengan pesakit mencabar kerana dia malu dan memiliki sejarah sukar bercakap.
"Pesakit tidak pernah berkahwin dan tiada sejarah hubungan seksual.
"Dia tinggal berdua dengan ibunya yang mengalami gangguan mental.
"Pesakit mengakui insiden ini adalah kali pertama walaupun dia menonton video lucah setiap hari," katanya.
Katanya, tali berkenaan dikeluarkan menggunakan alatan seperti forsep serta pesakit itu pulih beberapa hari kemudian sebelum dirujuk ke unit pesakit luar jabatan psikiatri.
Menurut pasukan itu lagi, pesakit yang memasukkan objek ke dalam uretra jika lambat mendapatkan rawatan boleh membawa kepada komplikasi serius termasuk jangkitan saluran kencing berulang, pembentukan batu dan urosepsis.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|