CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1206|Reply: 0

'Lihat' burung dengan telinga

[Copy link]
Post time 14-2-2022 11:41 AM | Show all posts |Read mode

INDIVIDU buta dibantu 'melihat' burung dengan telinga. FOTO Agensi

Cali, Colombia: Individu cacat penglihatan dapat mempelajari ilmu burung menerusi bunyi kicauan burung di San Felipe yang terletak di barat daya negara ini.

Dengan 1,900 pelbagai spesis, Colombia menjadi negara peneraju dunia dalam kepelbagaian burung, menurut kumpulan pemulihan Proaves.

Bagi Stiven Santander, 29 yang hilang penglihatan sejak sembilan tahun lalu akibat kemalangan tragik, idea untuk 'melihat menggunakan telinga' cukup menarik untuk dia melawat San Felipe.

"Ia sesuatu yang amat mengagumkan. Lokasi ini amat menarik, kita bukan hanya menikmati pelbagai jenis burung, tetapi suasana alam sekitar dan bunyi-bunyian di udara," katanya kepada EFE.

Pemilik pusat Burung San Felipe, Clara Cabarcas dan suami, Carlos Calle mengubah lokasi percutian keluarga itu kepada syurga 186 spesis burung termasuk jenis tempatan dan burung hijrah ketika musim migrasi.

Selepas menyusun pelbagai jenis bunga-bungaan dan pokok buah-buahan, serta memasang umpan burung, pasangan itu merujuk kepada pakar untuk menjadikan kawasan seluas 22 hektar itu lokasi sesuai untuk individu cacat penglihatan lengkap dengan 'talian hayat' untuk membantu mereka 'melihat' burung.

"Di sini, semuanya selamat dan kita boleh berada dekat dengan alam sekitar, mendengar kicauan burung dan 'merasai' suaranya," kata seorang pengunjung dikenali Walter.

Tahun lalu, Persatuan Rio Cali yang menganjurkan Pameran Burung Colombia di Cali menyediakan laluan memerhati burung pertama di Amerika Selatan untuk individu yang mengalami masalah penglihatan.

"Individu buta berupaya menggerakkan semua deria mereka. Mereka bukannya tidak melihat, tetapi mereka mempunyai cara berbeza untuk melihat sesuatu berbeza," kata jurucakap Persatuan Rio Cali Fernanda Jordan.

Sebelum memulakan lawatan, pengunjung diberi model pelbagai spesis burung bagi membiasakan mereka dengan menyentuh dan mendengar rakaman bunyi kicauan burung.

"Sesetengah pengunjung buta dari lahir, tetapi ada juga yang baru hilang penglihatan.

"Namun, disebalik itu, kesemua mereka sangat positif dalam kehidupan," kata Jordan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.248137 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list