View: 2748|Reply: 0
|
Jangan lepaskan Alligator Gar ke perairan umum
[Copy link]
|
|
Jangan lepaskan Alligator Gar ke perairan umum
PEGAWAI Jabatan Perikanan Daerah Seremban menunjukkan ikan Alligator Gar yang yang ditangkap. FOTO ihsan Jabatan Perikanan
Seremban: Ikan pemusnah Alligator Gar seberat tiga kilogram (kg) ditemui oleh orang awam ketika memancing di lombong tinggal di Labu di sini, semalam.
Pegawai Jabatan Perikanan Negeri Sembilan Doreen Wee berkata, pihaknya menerima aduan daripada pemancing terbabit mengenai penangkapan ikan itu.
"Hasil pemantauan kita mendapati ikan asing yang beranggaran berat tiga kg itu ketika ditangkap dalam keadaan lemah dan kemudiannya kami hantar ke Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (FRI) Glami Lemi di Jelebu untuk dibuat kajian.
"Ikan Alligator Gar perlu dihapuskan dengan segera kerana spesies ini adalah salah satu ikan asing invasif yang amat berbahaya dan termasuk dalam senarai larangan import ke Malaysia.
"Kebiasaannya ikan ini dibawa masuk oleh pihak tertentu secara haram ke negara ini," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Beliau berkata, ikan terbabit bukan saja berupaya memusnah, merosak dan mengubah sesuatu ekosistem yang dicerobohinya malah spesies ini juga menjadi pemangsa hingga menyebabkan ikan tempatan musnah.
Doreen berkata, pihaknya menggesa orang ramai yang tertangkap atau terjumpa ikan berkenaan supaya tidak menyimpannya atau tidak dilepaskan semula ke perairan umum.
"Sebaik-baiknya maklumkan kepada jabatan ini atau terus dilupuskan demi menjaga sumber ikan-ikan asli yang terdapat di perairan negara ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-ke-perairan-umum
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|