INDIANA: Anggota Pasukan Bomba Monroe baru-baru ini memakai sut ais menuju Tasik Monroe selepas menerima panggilan orang ramai yang mendakwa melihat kepala seseorang menonjol keluar dari ais.
Anggota bomba bergerak dengan berhati-hati merentasi tasik yang beku, merangkak dengan penuh berhati-hati ke arah sesuatu yang kelihatan seperti tersepit di dalam ais yang menyerupai kepala manusia.
Apabila didekati, rupa-rupanya objek yang menjadi tumpuan ramai itu ialah kepala patung, kata mereka menerusi laman sosial pasukan tersebut.
Namun begitu, tanpa mengira sama ada ia manusia atau patung, anggota bomba tetap mengikuti prosedur menyelamat dan membawa kepala tersebut ke tempat yang selamat.
Menurut mereka seperti dipetik Yahoo semua anggota bertugas menarik nafas lega kerana objek itu bukan kepala manusia.
sarawakvoice.com/2022/02/18 |