View: 1436|Reply: 0
|
Ducati XDiavel Nera 2022 – terhad 500 unit
[Copy link]
|
|
Dalam satu siri web terbarunya, Ducati telah memperkenalkan model XDiavel Nera kepada dunia. Keistimewaan model ini adalah ia dihasilkan dengan kerjasama sebuah syarikat Itali yang terkenal dengan kerja kemasan kulit sejak tahun 1912, iaitu Poltrona Frau, dan hanya akan dikeluarkan sebanyak 500 unit sahaja.
Nera dalam bahasa Itali membawa maksud hitam, dan ini sepadan dengan penampilan serba gelap yang digunakan pada model tersebut. Memberikan kontras kepada penampilannya adalah angkup brek Brembo serta penutup head yang diwarnakan merah.
Keistimewaan utama pada XDiavel Nera adalah pada bahagian tempat duduk. Ia menggunakan balutan kulit asli lembut buatan tangan Pelle Frau, yang merupakan produk istimewa Poltrona Frau. Pelanggan boleh memilihnya dalam lima warna iaitu Siam, Steel Blue, Cemento, India ataupun Selva.
Kulit istimewa ini turut digunakan pada bahagian tempat duduk penumpang berserta penyandarnya, dan ia datang dengan ukiran lazer bentuk X yang dianggap sesuai dengan namanya. Nombor keluaran model ini akan dicetak pada bahagian kerangkanya dan setiap pembeli juga diberikan dengan rantai kunci serta fail dokumen yang dibuat daripada kulit Pelle Frau.
Untuk menjadikan koleksi mereka lebih lengkap, semasa pembelian XDiavel Nera ini, pemilik juga boleh mendapatkan helmet Arai openface yang menggunakan grafik luaran gelap sama seperti motosikal dan fabrik dalam berwarna merah.
Bahagian mekanikal XDiavel Nera ini masih lagi sama seperti XDiavel S dan Dark, termasuk enjin Testastretta DVT 1,262 cc bersama padanan transmisi enam kelajuan, menghasilkan kuasa 160 hp pada 5,000 rpm dan 126 Nm tork pada 5,000 rpm. Antara ciri elektronik yang datang standard pada model ini adalah mod tunggangan, Cornering ABS, Traction Control, Cruise Control, Ducati Power Launch dan skrin TFT 3.5 inci dengan grafik khas XDiavel Nera. |
|
|
|
|
|
|
| |
|