CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 0

[Kelantan] ICU hampir penuh di Kelantan

[Copy link]
Post time 20-2-2022 03:36 PM | Show all posts |Read mode

Penggunaan katil ICU bagi pesakit COVID-19 di Kelantan meningkat kepada lebih 72 peratus. - Foto KKM

KOTA BHARU: Penggunaan unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 di Kelantan meningkat kepada lebih 72 peratus semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata seramai 18 pesakit yang sedang dirawat di ICU dan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 bukan kritikal di negeri ini juga meningkat kepada lebih 69 peratus.

"Penggunaan katil hospital setakat ini 225 daripada 325 keseluruhan katil. Peningkatan ini disebabkan kes COVID-19 bagi kategori 2 dan 3 di negeri ini meningkat.


"Mereka yang dalam kategori ini kebanyakan dirawat di hospital kerana memerlukan pemantauan daripada petugas kesihatan, berbanding pesakit kategori satu yang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Bilangan pesakit yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) pula, dicatatkan pada kadar 51 peratus atau 484 pesakit daripada 942 katil," katanya di sini hari ini.

Dr Zaini berkata, terdapat dua kluster baharu yang dicatatkan semalam iaitu Kluster Jalan Kampung Siram dan Kluster Jalan Kampung Telok.

Beliau berkata, terdapat 65 kluster yang masih aktif termasuk kluster komuniti, tempat kerja dan institusi pendidikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.042100 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list