CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Sarawak] Terma baharu jawatan Ketua Menteri diketahui bulan depan

[Copy link]
Post time 21-2-2022 05:13 AM | Show all posts |Read mode



KUCHING, 20 Feb: Pewartaan penukaran terma jawatan Ketua Menteri akan dilaksanakan pada Mac ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pewartaan tersebut akan diurus oleh kerajaan Sarawak di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Perwartaan tersebut akan dibuat dengan segera, mungkin dalam masa dua minggu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada Program ‘Let’s Talk With Wanita Pemadam’ di sini, hari ini.

Pada 15 Feb, Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokongnya.

Dalam perkembangan lain, Sharifah Hasidah turut menggesa agar orang ramai untuk sama-sama berusaha memerangi dadah berbahaya.

“Program berkaitan kesedaran penyalahgunaan dadah perlu dipertingkatkan lagi dalam usaha menangani gejala penagihan dan pengedaran dadah terutamanya di Sarawak,” katanya. -TVS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 1.593190 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list