MIRI: Lapan sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berusia sebulan tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Sulap Lada, Bekenu hari ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu memanSetiba di lokasi katanya, didapati sebuah rumah setingkat jenis tidak kekal dan berkeluasan lebih kurang 60 x 40 kaki telah terbakar sepenuhnya.dangkan kesemua mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri.
Bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.21 petang.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah dengan kekuatan 10 orang bersama jentera pemadam bergerak ke lokasi kebakaran yang terletak pada jarak 24 kilometer.
Setiba di lokasi katanya, didapati sebuah rumah setingkat jenis tidak kekal dan berkeluasan lebih kurang 60 x 40 kaki telah terbakar sepenuhnya.
"Semasa kejadian, hanya tujuh penghuni termasuk seorang bayi perempuan berusia sebulan berada di dalam rumah itu.
"Bagaimanapun, kesemua mereka sempat keluar untuk menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya sambil memberitahu, kebakaran dipercayai berpunca dari sebuah bilik sebelum merebak ke seluruh bahagian rumah tersebut.
Berikutan itu kata Law, anggota bertugas terus melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan dua pancutan 200 kaki dari pam pili bomba sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya jam 3.40 petang.
Buat sementara waktu katanya, kesemua mangsa akan tinggal sementara di rumah seorang lagi anak mangsa.
utusanborneo.com.my/2022/02/21 |