CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Sarawak] COVID-19: Sarawak rekod satu kematian di Betong hari ini

[Copy link]
Post time 22-2-2022 02:32 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 21 Feb : Sarawak hari ini merekodkan satu kes kematian akibat COVID-19 melibatkan warga tempatan di Daerah Betong.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya melaporkan, kes kematian baharu itu melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun.

“Sementara itu sebanyak 292 kes baharu positif COVID-19 dalam kategori satu dan dua, manakala dua kes baharu kategori tiga, empat dan lima dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes hari ini adalah sebanyak 294 kes.

“Ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 256,671 kes,” kata JPBN dalam kenyataan.

Berdasarkan pecahan kes COVID-19 baharu mengikut daerah, Miri telah merekodkan kes baharu tertinggi sebanyak 78 kes, diikuti dengan Sibu (75 kes), Kuching (74 kes), Kanowit (14 kes) dan Sarikei (11 kes).

Walaubagaimanapun, 20 daerah lain tidak merekodkan sebarang kes baharu, selain tiada kluster baharu dikesan.-TVS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.062862 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list