View: 1260|Reply: 0
|
Kanak-kanak dalam kereta jadi mangsa
[Copy link]
|
|
ARLENE Alvarez
Washington: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditembak mati ketika berada di bahagian belakang kereta ibu bapanya ketika mereka dalam perjalanan ke majlis makan malam sempena sambutan Hari Kekasih.
Daily Star melaporkan, kejadian berlaku ketika Arlene Alvarez, 9, sedang menonton filem dengan fon telinganya selepas bapanya berhenti di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS).
Bapa kanak-kanak perempuan itu, Armando Alvarez, memanggil keluarganya untuk berlindung, tetapi anak perempuannya tidak dapat mendengar kerana berbaring di tempat duduknya dan terperangkap dalam bahaya.
"Saya tidak menjerit cukup kuat. Saya tidak tahu dia memakai fon telinganya," katanya.
Arlene dikejarkan ke hospital berdekatan dengan kecederaan kritikal sebelum dia meninggal secara tragis keesokan harinya.
Ibunya menyifatkan Arlene sebagai wira selepas mengetahui anaknya itu mati otak akibat kecederaannya.
Jabatan Polis Houston mengesyaki kanak-kanak itu ditembak seorang lelaki dikenali sebagai Tony D Earls yang tersalah sasaran.
Earls percaya dia menembak seorang lelaki yang baru sahaja merompaknya, tetapi lelaki itu melarikan diri dari tempat kejadian.
Earls dilaporkan menembak kereta Alvarez dari jarak hanya kira-kira 3 meter.
CNN melaporkan, penembak berusia 41 tahun itu didakwa melakukan serangan dengan senjata, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dia mempunyai peguam dalam tahanan, lapor CNN.
Peguam keluarga itu, Rick Ramos berkata, Earls tidak mempunyai alasan kukuh untuk mempertahankan diri kerana tiada ancaman segera atau ketakutan memandangkan suspek rompakan sudah tiada.
Sementara itu, identiti suspek rompakan yang masih bebas, sedang dalam siasatan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|