View: 1309|Reply: 0
|
'Tolong, saya ada empat anak'
[Copy link]
|
|
Christina Spicuzza
Philadelphia: Seorang wanita yang bekerja sebagai pemandu Uber di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) sempat merayu supaya tidak dibunuh kerana perlu menanggung empat anak.
Namun, rayuan Christina Spicuzza, 38, tidak diendahkan sebelum dia ditembak mati seorang lelaki yang menggunakan perkhidmatannya, menurut pihak berkuasa.
Kejadian menimpa Spicuzza itu berlaku selepas dia dikatakan mengambil suspek di Allegheny County, pada 10 Februari lalu.
Mayatnya ditemukan dua hari kemudian di kawasan hutan di Monroeville, dengan masih memakai pelitup muka.
Pemeriksaan lanjut juga menemui serpihan peluru di kepala wanita terbabit.
Mangsa dilaporkan hilang pada 11 Februari lalu selepas dia dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja.
Berdasarkan rakaman video di dalam kereta, mangsa merayu suspek yang mengacukan pistol supaya tidak membunuhnya kerana mempunyai empat anak yang perlu ditanggung.
Calvin Crew, 22, dari Penn Hills kemudian ditahan dan didakwa atas kesalahan membunuh dan merompak.
Berdasarkan pertuduhan, Crew dan teman wanitanya menempah perkhidmatan Uber, pada 9.14 malam.
Dalam tempoh 20 minit, rakaman kamera di dalam kereta menunjukkan Crew mengacukan senjata api dari bahu kanan mangsa.
Lelaki itu terus mengarahkan wanita itu untuk memandu sambil mengacukan pistol pada belakang kepala mangsa.
Berdasarkan rakaman video berkenaan, Spicuzza kemudian menyentuh senjata api itu sambil berkata: "Adakah ini jenaka?"
Spicuzza kemudian memaklumkan Crew dia masih mempunyai keluarga namun tidak diendahkan suspek.
Suspek kemudian terus mengarahkan mangsa meneruskan perjalanannya sambil menarik ikatan rambutnya.
Spicuzza kemudian berkata: "Saya merayu kepada kamu, saya ada empat anak."
Mengikut siasatan, satu transaksi bank atas talian yang direkodkan menerusi telefon bimbit mangsa dipercayai waktu dia dibunuh.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|