|
Bibhu Prakash Swain menggunakan 'jawatannya' untuk memperdaya dan mengahwini 18 wanita. - Agensi
NEW DELHI - Hanya bermodalkan kata-kata manis, seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor berjaya memperdaya dan mengahwini 18 wanita di seluruh India.
Namun, tembelang lelaki berusia 67 tahun itu terbongkar selepas dia ditangkap beberapa minggu menjelang dua majlis perkahwinannya yang lain.
Semasa disoal siasat polis, Bibhu Prakash Swain mengaku menyamar sebagai doktor berusia 51 tahun dan kesemua mangsanya adalah terdiri daripada wanita bekerjaya seperti profesor, peguam, pegawai perubatan termasuk seorang pegawai separa tentera.
"Dia melakukannya hanya untuk mendapatkan wang dan keseronokan seksual," kata pegawai kanan polis, Sanjiv Satpathy.
Satpathy dan pasukannya menangkap Swain baru-baru ini selepas berbulan-bulan menjejakinya.
Swain yang memiliki pelbagai identiti dipercayai merancang dua perkahwinan pada Februari dan Mac.
“Dia pandai meyakinkan mangsa dan hanya menyasarkan wanita bujang, balu atau janda dalam usia 40-an,” kata Satpathy.
Polis melancarkan siasatan ke atas Swain pada Mei 2021 selepas menerima aduan daripada salah seorang isterinya berusia 48 tahun yang mendapati dia sudah berkahwin dengan kira-kira tujuh wanita lain. - AFP
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ta-akhirnya-dicekup
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
|