CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 704|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pesara guru maut tersepit dalam kereta

[Copy link]
Post time 23-2-2022 05:17 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan



Rembau: Seorang pesara guru maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer (KM) 3, Jalan Sedia Raja-Mampong, berdekatan Jalan Perigi Gaung, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 8.50 pagi itu, mangsa, Sulaiman Harun, 79, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik manakala seorang lagi pemandu mengalami patah kaki.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kemalangan membabitkan kereta Perodua Kancil dipandu pesara guru itu dengan kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun.

"Siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Sedia Raja menghala ke Mampong dan bertembung dengan Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat rempuhan, pemandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hazri berkata, pemandu Perodua Myvi yang patah kaki kanan kini berada di Zon Kuning, Hospital Rembau bagi rawatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.


Disiarkan pada: Februari 23, 2022 @ 3:50p



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.157908 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list