View: 1428|Reply: 0
|
Mesir mahu bina `Kota Emas’
[Copy link]
|
|
MESIR ketika ini mengeluarkan lebih 15.8 juta tan emas dari lombong Sukari. –
KAHERAH: Kerajaan Mesir menyasarkan untuk membina ‘Kota Emas’ di kawasan seluas 150 ekar dalam usahanya menjadi pusat logistik global untuk emas, menurut Menteri Perdagangan dan Industri, Nevin Gamea, lapor Arab News.
Beliau berkata, projek itu akan merangkumi pembinaan 400 bengkel teknikal untuk pengeluaran emas, 150 bengkel dan sekolah pendidikan industri.
Pengumuman itu dibuat semasa Ekspo Emas dan Barang Kemas Nebu, di mana Nevin menekankan kepentingan emas untuk eksport negara yang menjana AS$1.1 bilion (RM4.60 bilion) pada 2021.
Menurut beliau, Mesir kini mengeluarkan lebih 15.8 juta tan emas dari lombong Sukari dan angka itu dijangka terus meningkat dengan pembangunan projek baharu berkenaan.
“Kilang penapisan emas pertama sedang ditubuhkan di Mesir untuk menulenkan bijih emas dengan kos AS$100 juta (RM418.15 juta) sebagai alternatif kepada kilang penapisan Switzerland dan Kanada,” katanya lapor Arab News.
Perkembangan itu berlaku di tengah-tengah usaha kerajaan untuk mengukuhkan industri emas Mesir dan mengembangkan eksport dalam sektor berkenaan. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|