
CURIGA: Dua suspek yang berjaya ditahan selepas dilihat membawa empat buah rim kereta disyaki dicuri.
MIRI: Tindakan dua lelaki yang membawa empat buah rim kereta dengan menaiki sebuah motosikal mengundang curiga lalu ditahan anggota polis di sekitar perumahan di Senadin di sini malam Selasa.
Menurut hantaran di Facebook Polis Daerah Miri, pemeriksaan ke atas dua suspek terbabit dilakukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.
Katanya, dua anggota URB yang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan perumahan Senadin dan Permyjaya menahan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
“Semasa pemeriksaan dibuat keatas kedua-duanya menjumpai empat buah rim kereta dipercayai dicuri dan dibawa menaiki motosikal.
“Kedua-dua lelaki tersebut telah ditangkap bersama empat buah rim kereta dan sebuah motosikal seterusnya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” kata hantaran tersebut.
Dalam pada itu, pemeriksaan rekod kesalahan lampau mendapati salah salah seorang suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau manakala seorang lagi mempunyai enam rekod jenayah lampau.
utusanborneo.com.my/2022/02/23 |