CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 513|Reply: 0

[Sarawak] Miri bakal miliki banyak taman rekreasi

[Copy link]
Post time 23-2-2022 11:18 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan terus membangunkan lebih banyak taman mini di kawasan kediaman.

Menurut kenyataan medianya, cadangan taman mini ini akan dimasukkan di dalam pelan strategik sebagai salah satu bidang keutamaan yang diberikan perhatian untuk menyediakan persekitaran kehidupan kondusif di kawasan perumahan di Miri.

“Ini termasuklah menukar lebih banyak kawasan lapang kepada taman mini dan kawasan rekreasi,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Jelas MBM lagi, ia tidak akan dapat dibangunkan dan menukar secara serta merta semua kawasan lapang tersebut kepada taman mini dengan tertakluk kepada peruntukan yang sedia ada.

Mengulas mengenai laporan berita di satu akhbar tempatan Cina berkenaan kawasan lapang di Lorong 14, Taman Delight.

MBM tidak mempunyai masalah untuk memasukkan tanah lapang itu di dalam pelan strategik pembangunan, tetapi itu bergantung kepada peruntukan dana yang sedia ada.

Sebelum ini, beberapa kawasan lapang di Taman Delight telah dibangunkan dengan projek pembinaan taman mini menerusi projek RTP di Lorong 1A, Lorong 1B dan Lorong 8.

Sementara itu, MBM memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di daerah Miri telah membantu mendapatkan dana di bawah program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi mewujudkan taman mini di kawasan masing-masing.

“Sejak 5 tahun lalu, ADUN Senadin Datuk Lee Kim Shin, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, ADUN Lambir Dr Ripin Lamat dan lain-lain telah membantu MBM mendapatkan dana di bawah RTP yang telah menyaksikan lebih 40 projek pembangunan kawasan lapang menjadi taman mini.

“Selain itu, setiap tahun MBM juga telah memperuntukkan jumlah yang agak besar untuk penyelenggaraan dan menaik taraf semua taman dan taman permainan di bawah bidang kuasanya.

“Ini juga termasuk penyelenggaraan kawasan lapang yang telah diubah suai menjadi taman mini dan taman permainan di taman perumahan dan kampung,” jelas kenyataan itu lagi,” ujarnya.


sarawakvoice.com/2022/02/23

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.392612 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list