CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 586|Reply: 2

[Sarawak] Pengurus gudang ditahan simpan baja sawit

[Copy link]
Post time 23-2-2022 11:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-2-2022 03:32 PM





Antara barangan yang dirampas dalam sebuah sebuah gudang di Jalan Balingian Mukah.

MUKAH: Tindakan seorang lelaki menyimpan baja sawit tanpa permit di dalam gudang membawa padah apabila kegiatan itu terbongkar dalam satu pemeriksaan Polis di Jalan Mukah-Balingian, hari ini.

Susulan itu suspek yang juga pengurus gudang berkenaan berusia 51 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alia berkata, pemeriksaan dilakukan oleh dua anggota MPV, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) kira-kira 10.15 pagi.

Hasil pemeriksaan katanya, lelaki terbabit  gagal mengemukakan sebarang bukti dokumen kebenaran memiliki, menyimpan barang kawalan tanpa permit, lesen dan  kebenaraan khas daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Berikutan itu, sebanyak 10,000 guni baja sawit pelbagai jenis (Boiler ASH, MOP, Compound P dan Oxytertile) yang bernilai RM297,000 dirampas.

“Suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (KPDNHEP) menyimpan dan memiliki barang kawalan berjadual tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes diserahkan kepada pihak KPDNHEP Cawangan Mukah.


by Suaraswk
February 23, 2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2022 06:44 AM | Show all posts
tokeh pakai seluaq pendek jaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 08:32 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 23-2-2022 10:44 PM
tokeh pakai seluaq pendek jaaa

haha hari tu kemain urusan pejabat nak pegi jumpa supplier yang berjaya dapat tender tayar
sekali pi tempat dia.. tauke pakai suar pendek jer tak macam tauke...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.360069 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list