View: 1439|Reply: 2
|
'Mas kahwin ini susah dapat'
[Copy link]
|
|
SUPADI (dua dari kanan) menyerahkan minyak masak kepada isteri pada hari pernikahan mereka.
Surabaya: Mas kahwin biasanya sesuatu yang mewah dan bernilai sebagai hadiah kepada pasangan untuk kenangan perkahwinan.
Sebaliknya, berbeza bagi pasangan pengantin di Ponogoro, Jawa Timur, yang menjadikan minyak masak sebagai mas kahwin.
Akad nikah pasangan yang dikenali sebagai Supadi dan Sumariati itu berlangsung di rumah pengantin perempuan di Desa Suru.
Ketua Pejabat Agama Sooko, Meky Hasan Tachtarudin yang dihubungi, mengesahkan mas kahwin yang diterima pengantin perempuan itu, Selasa lalu.
Minyak masak menjadi pilihan pengantin lelaki kerana bahan masakan itu kini sukar didapati di pasaran.
Sebelum ini, tidak berlaku masalah bekalan minyak masak di daerah berkenaan namun kini menjadi rebutan masyarakat.
Disebabkan itu, minyak masak dijadikan mas kahwin memandangkan bahan mentah itu menjadi keperluan dalam rumah tangga.
"Minyak masak sangat diperlukan dan ia barangan biasa yang besar manfaatnya," kata Meky seperti dilaporkan portal Kompas.
Meky berkata, pengantin perempuan juga menerima mas kahwin wang tunai berjumlah satu juta rupiah (kira-kira RM291).
Suasana majlis pernikahan berlangsung lancar dan pengantin lelaki sebelum ini kematian isterinya beberapa tahun lalu.
"Tetamu dan ahli keluarga berkumpul di pekarangan rumah sebelum majlis menyerahkan mas kahwin berlangsung," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dapat juga duit 1 juta rupiah. Kalau setakat terima sepeket minyak masak tu, seminggu dah habis.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|