Edited by Vellfire at 25-2-2022 12:00 PM


Covid-19: Sarawak catat kes 460 hari ini
KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 460 kes harian baharu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 258,412.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut, 232 kes adalah kategori 1, 219 dalam kategori 2 manakala sembilan kes melibatkan kategori 3, 4 dan 5.
Sementara itu, kata JPBN Daerah Kuching mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 177 kes, diikuti Miri (97), Sibu (88), Kapit (26), Bintulu (16), Limbang (13), Sarikei (9), Kanowit dan Pakan (5) dan Song (4).
“Manakala Saratok, Serian, Bukit Mabong (3), dua kes di Samarahan, Betong, Meradong dan Subis dan masing-masing satu kes di Lawas, Bau dan Matu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah JPBN, satu kes kematian telah dilaporkan pada 23 Februari 2022 melibatkan seorang perempuan berusia 25 tahun dari Kuching dan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak.
JPBN turut melaporkan tiada kluster baharu diisytiharkan manakala kluster masih aktif bertambah kepada tiga kes.
sarawakvoice.com/2022/02/25 |