CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki disyaki edar, salah guna dadah diberkas

[Copy link]
Post time 25-2-2022 08:10 PM | Show all posts |Read mode
MIRI: Seorang lelaki tempatan diberkas polis di sebuah rumah persendirian di Jalan Tapang, Long Lama dekat sini awal pagi semalam selepas disyaki terlibat kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Hantaran Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi menyatakan bahawa tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (NSJN) IPD Marudi kira-kira jam 3 pagi.

"Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik suspek, polis menemui dan merampas satu plastik lutsinar besar mengandungi 16 peket plastik lutsinar kecil masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

"Selain itu, terdapat satu lagi plastik lutsinar besar mengandungi 24 keratan tiub straw pelbagai warna masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu," katanya dalam hantaran tersebut.


Suspek (duduk) berjaya ditangkap polis selepas disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

IPD Marudi berkata, anggaran berat kasar keseluruhan dadah dirampas ialah 17.11 gram methamphetamine dengan anggaran nilai rampasan RM1,700.

"Sehubungan itu, kenderaan terbabit turut dirampas dan dijadikan barang kes sementara siasatan dijalankan. Kes disiasat di bawah Sekseyn 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya setelah menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati positif dadah," jelasnya.

Suspek kini ditahan di IPD Marudi untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan serbuan terutama anggota polis IPD Marudi terlibat atas kejayaan tangkapan dadah di daerah tersebut.


utusanborneo.com.my/2022/02/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.458912 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list