CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 451|Reply: 0

[Sarawak] Kekurangan gula di Limbang disebabkan permit lintas sempadan

[Copy link]
Post time 25-2-2022 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-2-2022 12:18 PM



LIMBANG: Sebanyak 48 tan metrik bekalan gula yang sepatutnya sampai mengalami kelewatan menyebabkan berlaku kekurangan gula di sini.
Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bahagian Limbang Pulnama Tarah (gambar) berkata, bekalan gula masih di Miri berikutan masalah permit lintas sempadan menyebabkan gula tidak dapat dihantar ke Limbang minggu ini.

“KPDNHEP memberi jaminan sebanyak 48 tan metrik bekalan gula akan sampai di Limbang selewat-lewatnya minggu depan sekali gus mengatasi masalah kekurangan gula di pasaran di sini,” katanya kepada media di sini hari ini.

Pulnama berkata, stok gula di peringkat peruncit di sini agak terhad menyebabkan kesukaran bekalan itu diperolehi.

“Pada masa ini, hanya 90 kilogram stok gula di peringkat peruncit. Stok gula agak terhad di peringkat peruncit menyebabkan bekalan gula sukar diperolehi di bandar ini pada masa ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, bekalan gula kembali normal apabila bekalan baharu dijangka tiba minggu depan di daerah ini.

Sementara itu, orang ramai turut mengakui kekurangan gula di pasaran berikutan stok gula sukar diperolehi di beberapa kedai di sini sepanjang minggu ini.


utusanborneo.com.my/2022/02/25

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.068867 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list