View: 1427|Reply: 0
|
Bekas juara tinju Ukraine 'angkat' senjata
[Copy link]
|
|
WLADIMIR Klitschko dan abangnya, Vitaly Klitschko. FOTO Reuters
Kyiv: Bekas juara tinju heavyweight Vitali Klitschko mengesahkan dia akan 'mengangkat' senjata bersama abangnya dan rakan Hall of Famenya, Wladimir Klitschko untuk bertarung dalam 'perang berdarah' berikutan pencerobohan Rusia ke atas negara mereka Ukraine.
Rusia melancarkan pencerobohan melalui darat, udara dan laut pada Khamis lalu berikutan pengisytiharan perang oleh Presiden Vladimir Putin.
Dianggarkan 100,000 orang melarikan diri ketika letupan dan tembakan menggegarkan bandar utama negara itu dengan puluhan orang dilaporkan terbunuh.
Vitali Klitschko, yang juga datuk bandar Kyiv ibu negara Ukraine sejak 2014, berkata beliau bersedia untuk berjuang.
"Saya tidak mempunyai pilihan lain, saya perlu berbuat demikian. Saya akan berjuang," lelaki berusia 50 tahun itu yang dikenali sebagai 'Dr Ironfist' ketika zaman pertempurannya, memberitahu pogram Good Morning Britain di ITV
Vitali Klitschko berkata, Kyiv berada di bawah ancaman dan keutamaan utama adalah bekerjasama dengan pasukan polis dan tentera untuk menyokong infrastruktur kritikal termasuk penghantaran elektrik, gas dan air untuk rakyatnya.
Beliau menambah orang awam bersedia untuk mempertahankan Kyiv sebagai tentera.
"Saya percaya pada Ukraine, saya percaya pada negara saya dan saya percaya pada rakyat saya," kata Vitali Klitschko.
Bekas juara heavyweight, Wladimir Klitschko menyertai pasukan simpanan Ukraine awal bulan ini, dengan mengatakan cinta kepada negaranya memaksanya untuk mempertahankannya.
"Rakyat Ukraine kuat. Dan ia akan kekal dengan dirinya sendiri dalam pahit getir ini. Rakyat yang mendambakan kedaulatan dan keamanan. Rakyat yang menganggap rakyat Rusia sebagai saudara mereka," tulisnya dalam catatan di LinkedIn pada Khamis.
"Ia tahu bahawa mereka pada dasarnya tidak mahu perang ini. Rakyat Ukraine memilih demokrasi.
"Tetapi: Demokrasi adalah rejim yang rapuh. Demokrasi tidak boleh mempertahankan dirinya; ia memerlukan kehendak rakyat, komitmen semua orang. Pada asasnya, tidak ada demokrasi tanpa demokrasi.," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|