CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 0

[Sarawak] Guru diseru tingkat ilmu dalam norma baharu, kuasai ICT

[Copy link]
Post time 26-2-2022 03:18 PM | Show all posts |Read mode


Phang (dua kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang guru penerima sambil disaksikan oleh Mariam (kiri) dan Goh.

MIRI: Guru perlu meningkatkan ilmu, kompetensi, keupayaan, kemahiran, perubahan sikap dan kesiapsiagaan dalam menerima norma baharu dalam pendidikan terutama pembelajaran dalam talian.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, dalam era teknologi digital sekarang, guru perlu menguasai dan mempunyai literasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Oleh itu, lebih banyak masa dan tumpuan diperlukan untuk penyediaan, pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian, terutamanya pada pandemik COVID-19.

“Justeru, terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua guru atas usaha serta pengorbanan demi pendidikan generasi muda kita,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacaan oleh Kaunselor Jeffrey Phang pada Majlis Makan Malam Tahunan 2021 Sekolah Kebangsaan (SK) St Joseph Miri di Hotel Grand Palace pada Jumaat.

Menurut Lee, sepanjang pandemik COVID-19,pelbagai isu timbul termasuklah proses pelaksanaan proses pendidikan di seluruh negara.

“Sekali lagi, penghargaan dan pengiktirafan kepada para guru yang telah melaksanaan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi terbabit,” katanya.

Penularan pandemik COVID-19 ujar Lee, bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara dalam talian.

Dalam perkembangan lain jelas Lee, sehingga 24 Februari 2022 seramai 12,741 atau 31.8 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di bahagian Miri telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

“Jika ada murid yang masih belum mendapatkan vaksin terbabit, pihak sekolah boleh berhubung dengan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri untuk mendapatkan suntikan berkenaan untuk murid masing-masing yang memenuhi syarat dan belum divaksin,” jelas Lee.

Memerangi dan membanteras COVID-19 tegasnya, merupakan tanggungjawab serta peranan semua pihak.

“Pada masa sama, saya berharap pihak sekolah akan sentiasa mengamal dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) demi keselamatan dan kesihatan kanak-kanak serta warga sekolah,” tambahnya.

Terdahulu, Guru Besar Sk St Joseph Mariam Menadu Grasi dalam ucapan aluannya menegaskan, pihak sekolah terbabit amat mementingkan keselamatan dan kesihatan para murid serta warga sekolah.

Katanya, selain mematuhi SOP, pelajar atau kakitangan yang tidak sihat adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah dalam usaha menjaga keselamatan semua.

“Ini adalah tanggungjawab dan peranan kita di sekolah untuk memastikan kesemua pihak adalah selamat. Walaupun sekolah sudah dibuka dan terdapat SOP yang perlu dipatuhi, kita tetap tidak membenarkan murid, guru atau kakitangan yang tidak sihat atau mempunyai simptom untuk hadir ke sekolah,” jelasnya.

Majlis makan malam berkenaan telah dihadiri sekitar 60 tetamu yang turut diselitkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para guru dan persembahan nyanyian karaoke.

Hadir sama Kaunselor Leslie Lau mewakili Menteri Muda Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Datuk Sebastian Ting dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Goh Ser Sang.


utusanborneo.com.my/2022/02/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.386886 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list