CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 0

[Sarawak] Bateri solar di Jambatan Durin dilaporkan hilang

[Copy link]
Post time 27-2-2022 08:13 AM | Show all posts |Read mode


Bateri solar di Jambatan Durin, Sibu dilaporkan hilang.

SIBU: Kecurian bateri solar di Jambatan Durin dilaporkan berlaku pada Selasa lalu yang disifatkan sebagai tindakan sangat tidak bertanggungjawab kerana boleh mengundang insiden tidak diingini.

Ini kerana bateri solar itu digunakan untuk menghidupkan lampu penanda aras bagi membolehkan kapal mengenal pasti aras ketinggian jambatan dari kapal.


Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, seorang penyelia keselamatan yang membuat pemeriksaan dan penyelanggaraan jambatan itu mendapati dua unit bateri solar hilang.

Menurut sumber, dua bateri solar itu dipasang dan diletakkan dalam kotak aluminium berasingan dan dikunci dengan nat di Jambatan Durin baharu dari arah Julau ke Sibu Jaya.

Difahamkan, kedua-dua bateri itu masih berada di dalam kotak pada petang sehari sebelum dilaporkan hilang oleh pengadu.

Tiada kamera litar tertutup dipasang di sepanjang jambatan tersebut.


utusanborneo.com.my/2022/02/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.561589 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list