CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1410|Reply: 0

Beberapa saluran Rusia tak boleh jana pendapatan di YouTube

[Copy link]
Post time 27-2-2022 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Washington: YouTube pada Sabtu menghalang saluran media milik kerajaan Rusia, Russia Today (RT), dan saluran lain daripada menerima pendapatan untuk iklan yang disiarkan menerusi video mereka, sama seperti langkah Facebook selepas pencerobohan ke atas Ukraine.

Memetik "keadaan luar biasa," YouTube berkata bahawa ia menyekat beberapa saluran untuk mendapatkan wang di YouTube, termasuk beberapa saluran Rusia yang berkaitan dengan sekatan oleh Kesatuan Eropah (EU),

baru-baru ini,

Proses menetapkan iklan sebahagian besarnya dikawal oleh YouTube.

EU pada Rabu mengumumkan sekatan ke atas individu termasuk Margarita Simonyan, yang disifatkannya sebagai ketua pengarang RT dan watak utama propaganda Rusia.

Video daripada saluran yang terjejas juga akan kurang muncul, kata jurucakap YouTube Farshad Shadloo.

Beliau menambah, RT dan beberapa saluran lain tidak lagi boleh diakses di Ukraine atas permintaan negara itu.

Menteri Transformasi Digital Ukraine Mykhailo Fedorov menerusi Twitter pada Sabtu berkata, dia menghubungi YouTube "untuk menyekat saluran propaganda Rusia seperti Russia 24, Tass dan RIA Novosti.

RT dan Simonyan tidak menjawab permintaan untuk sebarang komen, manakala YouTube enggan menamakan saluran lain yang dihadkannya.

Selama bertahun-tahun, penggubal undang-undang dan beberapa pihak meminta YouTube, yang dimiliki oleh untuk mengambil tindakan yang lebih drastik terhadap saluran yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Rusia.

Mereka bimbang negara itu menyebarkan maklumat yang salah dan tidak sepatutnya mendapat keuntungan daripadanya.

Rusia menerima anggaran AS$7 juta hingga AS$32 juta (kira-kira RM29.2 hingga RM133.9 juta) dalam tempoh dua tahun berakhir Disember 2018 daripada iklan di 26 saluran YouTube, kata penyelidik digital Omelas kepada Reuters.

YouTube sebelum ini berkata, ia tidak melayan saluran media yang dibiayai oleh kerajaan yang mematuhi peraturannya secara berbeza daripada saluran lain dalam soal hasil iklan.

Meta Platforms Inc (FB.O), pemilik Facebook, pada Jumaat menghalang media negara Rusia daripada menyiarkan iklan atau menjana pendapatan daripada iklan melalui perkhidmatannya di mana-mana sahaja di dunia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.459451 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list