CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 27/02/2022

[Copy link]
Post time 28-2-2022 12:24 AM | Show all posts |Read mode





475 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini, tiada kematian

KUCHING: Sarawak merekodkan 475 kes baharu COVID-19 hari ini dengan daerah Kuching mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 181 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata, dengan penambahan kes baharu itu, Sarawak kini merekodkan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 259,370.

Menurutnya lagi, 248 kes baharu yang direkodkan hari ini adalah Kategori 1 (tiada gejala), 224 lagi Kategori 2 (gejala ringan), manakala satu kes masing-masing merupakan Kategori 3 (jangkitan paru-paru), Kategori 4 (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan Kategori 5 (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

Memperincikan kes harian COVID-19 hari ini, JPBNS berkata, selain Kuching, Miri merekodkan 105 kes, diikuti Sibu (86), Bintulu (20), Kapit (16), Limbang (10), Samarahan (9), Sarikei dan Kanowit (masing-masing 7), Lawas (6), Serian (5), Song (4), Lundu (3), Mukah, Bau, Subis, Saratok dan Meradong (masing-masing 2).

Manakala, enam daerah iaitu Pakan, Julau, Matu, Dalat, Telang Usan dan Belaga masing-masing merekodkan satu kes baharu COVID-19 hari ini.

JPBNS juga melaporkan tiada kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini begitu juga dengan kluster baharu menjadikan jumlah kluster yang aktif kekal tiga setakat ini.

Dalam perkembangan sama, JPBNS berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sebanyak 15 notis kompaun kerana gagal mengimbas Kod QR MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis.

Kesemua notis kompaun itu dikeluarkan di daerah Kuching, tambahnya.


utusanborneo.com.my/2022/02/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2022 12:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.110380 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list