CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 449|Reply: 0

[Sarawak] 257 pemuzik Sape Sarawak catat Malaysia Book of Records

[Copy link]
Post time 28-2-2022 12:59 AM | Show all posts |Read mode


Persembahan yang menggabungkan 257 pemuzik Sape, yang seterusnya dicatat dalam Malaysia Book of Records (pemuzik Sape teramai) sempena Konsert Sape “Rentak Kamek Urang” di Tebingan Kuching, malam ini.

KUCHING: Petikan Sape daripada gabungan seramai 257 orang pemuzik Sape memukau suasana di Tebingan Kuching, malam ini sekaligus dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (pemuzik Sape teramai).

Acara penuh bersejarah ini turut menampilkan kelainan tersendiri apabila persembahan diadakan di Jambatan Darul Hana yang ikonik di bandar raya ini, selain di pentas utama yang terapung di Sungai Sarawak.

Konsert Sape “Rentak Kamek Urang” itu merupakan salah satu pengisian program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 “Temasya Kepelbagaian Budaya”.

Selain pemain-pemain Sape, konsert itu turut menampilkan artis-artis terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah, Bob Yusof, Dewi Liana Sariestha, Jimmy Palikat, Ricky Andrewson Ngalai, Melissa Francis, maestro Roslan Madun serta kumpulan At Adau dan Meruked.


Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records, Christopher Wong (kiri) menyerahkan sijil Malaysia Book of Records kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Saraya Arbi (dua kiri) sambil disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (dua kanan).

Persembahan itu turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Saraya Arbi dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Konsert yang diadakan secara fizikal itu adalah untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat kekeluargaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) seni budaya pelbagai kaum di Sarawak.

Penganjuran Program Merakyatkan Seni Budaya (PMSB) oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan berkonsepkan Keluarga Malaysia itu juga melihat kepada gabungan kepelbagaian kaum dan etnik di Sarawak.

Justeru, kepelbagaian ini perlu diharmonikan dalam satu hubungan kesatuan antara JKKN dengan NGO Seni Budaya khususnya Persatuan Anak Seni Sape Kuching (PUSAK).

Melalui program itu, ia turut membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh NGO seni budaya yang hilang punca pendapatan semasa tempoh pandemik Covid-19 untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai penggiat seni.

Selain itu, penganjuran PMSB dapat menggalakkan pelancongan domestik di Sarawak dan memberi sokongan psikologi kepada para NGO seni budaya untuk terus menyemarakkan bidang seni dan budaya.


by suaraswk
February 27, 2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.046951 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list