View: 527|Reply: 2
|
[Sarawak]
Jangan buang babi sembarangan
[Copy link]
|
|
Seminggu ini di Dalat, pemandangan seperti ini seolah menjadi norma baru untuk Sungai Batang Oya. Terkini, satu lagi bangkai babi didapati hanyut di depan Dalat Waterfront. Saya melihat dengan lebih dekat, terdapat seperti tali yang terikat di kaki hadapan bangkai babi tersebut. Patutlah bangkai babi tersebut tidak beralih langsung dari lokasi.
Kita memohon kepada penternak babi supaya tidak membuang babi-babi mereka yang mati ke dalam Sungai Batang Oya. Tolonglah lebih prihatin kepada penduduk lain di sepanjang Sungai Batang Oya. Pemilik tenakan babi haruslah melaporkan kepada Veterinar sekiranya ternakan mereka mati luarbiasa.
Fahamilah bahawa perbuatan membuang bangkai babi ke dalam Sungai Batang Oya merupakan satu tindakan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.
Harap Maklum
Cr. ABDUL HALIM HAMDIAN

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
.............. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|