CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu aktifkan tabung bencana pertanian

[Copy link]
Post time 28-2-2022 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Dr Azman (tiga, kanan) ketika melihat kolam benih ikan siakap seluas 100 hektar yang diusahakan 80 penternak akuakultur di Kampung Keluang, Besut ditenggelami air ekoran hujan lebat dan air pasang besar.

KUALA TERENGGANU – Golongan petani, penternak dan nelayan yang terkesan susulan tanaman serta haiwan ternakan musnah akibat banjir boleh memohon bantuan dari Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu.

Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, tabung melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta setahun itu sudah diaktifkan bagi membantu golongan terbabit.

Menurutnya, ribuan hektar tanaman seperti padi, tembikai dan perusahaan ikan sangkar dilaporkan musnah selepas kawasan pertanian serta penternakan diusahakan penduduk dilimpahi air banjir.

“Contohnya, saya sempat melihat kawasan kolam benih ikan siakap seluas 100 hektar yang diusahakan 80 penternak akuakultur di Kampung Keluang, Besut ditenggelami air berikutan hujan lebat dan air pasang besar semalam.

“Bagaimanapun jumlah sebenar kawasan tanaman terjejas dan kerugian ditanggung para petani, penternak dan nelayan akibat banjir kali ini belum diketahui dan datanya sedang dikumpul oleh agensi terlibat,” katanya di sini pada Isnin.

Dr Azman berkata, permohonan Tabung Bencana Pertanian perlu disertakan dengan gambar kejadian bencana dan laporan polis sebelum dihantar kepada agensi terlibat sama ada Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, Jabatan Perikanan atau Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Katanya, semua dokumen tersebut bukan bertujuan mahu menyusahkan pemohon tapi sebaliknya sebagai rekod rasmi perbelanjaan tabung berkenaan.

“Kita menguruskan sejumlah dana kerajaan yang akan diaudit ke mana ia dibelanjakan, jadi sudah tentu ada dokumen tertentu diperlukan.

“Tabung ini juga bukanlah bantuan ganti rugi tapi sagu hati supaya petani, penternak dan nelayan yang terkesan dengan musibah mampu bangkit bertani dan menternak semula dengan wang ini,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... g-bencana-pertanian
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.904799 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list