Edited by Vellfire at 1-3-2022 02:31 PM


COVID-19: 442 kes baharu, satu kematianKUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 442 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 259,812 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitahu, daripada jumlah itu, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 192 kes.
"Ini diikuti Miri sebanyaj 101 kes, Sibu (69), Bintulu (16), Kapit (13), Kota Samarahan (sembilan), Mukah (lapan), Dalat (tujuh) dan Sarikei (lima).
"Sementara itu, tiga kes masing-masing direkodkan di Lundu dan Bau, dua kes masing-masing di Saratok, Kanowit, Song, Meradong dan Tatau manakala satu kes masing-masing di Lawas, Serian, Pakan, Sri Aman, Daro dan Selangau," kata JPBNS menerusi satu kenyataan.
Jelas kenyataan itu, daripada jumlah tersebut sebanyak 241 kes melibatkan kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan) sebanyak 199 kes.
"Dalam pada itu, satu kes masing-masing membabitkan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan kategori lima (jangkitan paru-paru memerlukan ventilator)," katanya.
JPBNS menambah, satu kematian baharu direkodkan hari ini melibatkan wanita berumur 74 tahun di bahagian Sibu dan latar belakang penyakit kes mempunyai darah tinggi.
Pada masa yang sama, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengeluarkan 45 kompaun melibatkan individu dan perbadanan atas pelbagai kesalahan.
"Daripada jumlah itu, 17 kompaun dikeluarkan di Kuching, Bintulu (15), Simunjan (tujuh) dan Serian (enam).
"Antara kesalahan ialah gagal mengimbas dan mendaftar masuk ke premis melalui aplikasi MySejahtera, pemilik premis gagal menyediakan pencuci tangan, gagal mengehad bilangan pelanggan, gagal menyediakan Kod QR MySejahtera dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, polis turut mengeluarkan sebanyak 11 kompaun di Kuching atas kesalahan gagal menggunakan pelitup separuh muka, pemilik premis gagal memaparkan had pelanggan dan gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera.
utusanborneo.com.my/2022/02/28
|