CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

[Kelantan] Penggunaan katil ICU di Kelantan tertinggi

[Copy link]
Post time 9-3-2022 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Penggunaan katil ICU di Kelantan tertinggi

Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Mac 9, 2022 @ 11:13am[email protected]




Gambar hiasan


PUTRAJAYA: Kelantan kembali menjadi negeri tertinggi merekodkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu kini mencecah 73 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima negeri lain yang mencatatkan penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus adalah Kuala Lumpur dengan 65 peratus serta Johor (63 peratus).

"Selain itu ialah Selangor dengan penggunaan melebihi 61 peratus, Perak (55 peratus) dan Putrajaya (50 peratus). Bagi penggunaan katil bukan ICU, sehingga kini terdapat 11 negeri mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus.

"Daripada jumlah itu, dua negeri merekodkan penggunaan melebihi 100 peratus iaitu Putrajaya (114 peratus) dan Selangor (101 peratus). Negeri lain ialah masing-masing 93 peratus di Perlis, Perak dan Kuala Lumpur, Terengganu (83 peratus) dan Kelantan (79 peratus).

"Turut mencatatkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus ialah Melaka dengan 73 peratus, Sarawak (74 peratus), Pahang (70 peratus) dan Pulau Pinang (60 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Melaka kekal menjadi negeri tunggal merekodkan penggunaan melebihi 50 peratus iaitu kini peratusannya mencecah 55 peratus.

"Bagi pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, jumlahnya kekal dengan 223 pesakit, ia menjadikan penggunaan alat bantuan berkenaan kini adalah 25 peratus," katanya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051175 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list