CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 481|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 10/03/2022

[Copy link]
Post time 10-3-2022 07:36 PM | Show all posts |Read mode





COVID-19: Kluster DTTI Semuja 3, 1,963 kes baharu di Sarawak

KUCHING: Depo tahanan imigresen di Semuja, Serian cetus Kluster DTTI Semuja 3 selepas 19 individu didapati positif COVID-19 melibatkan tahanan dan kakitangan di depo tersebut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kes indeks kluster ini merupakan seorang tahanan lelaki bukan warganegara, 34, yang dikesan positif pada 7 Mac.

Perebakan jangkitan dipercayai berpunca daripada pergaulan dan kontak rapat dalam kalangan tahanan dan kakitangan di dalam depo tahanan tersebut.

Katanya seramai 295 individu disaring di bawah kluster ini, 19 positif termasuk kes indeks, 48 individu masih menunggu keputusan dan 228 individu didapati negatif.

Dengan pertambahan satu kluster baharu ini, terdapat lima kluster aktif di Sarawak dengan Kluster Tebingan Sungai Kuching merekodkan penambahan satu kes hari ini, menjadikan keseluruhan 22 kes positif. Kluster Tebingan Sungai Kuching sebelum ini dikenali sebagai Kluster Citrawarna - ia diisytiharkan pada Rabu (9 Mac).

Mengenai kes jangkitan harian, terdapat 1,963 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 274,105.

Daripada jumlah itu 764 kes adalah kategori satu, 1178 kes kategori dua, enam kes kategori tiga, sembilan kes kategori empat dan enam kes kategori lima.

Kuching merekodkan kes harian tertinggi 699 kes diikuti Miri (303), Sibu (177), Bintulu (148), Serian (101), Samarahan (71), Sri Aman (53), Bau (52), Sarikei (48), Tanjung Manis (40), Lubok Antu (36), Limbang (26), Pakan (14), Dalat (14), Daro (14), Mukah (13), Betong (13), Simunjan (13), Marudi (13) dan Saratok (13).

Lain-lain kes direkodkan di Kanowit (13), Kabong (12), Matu (12), Lawas (10), Pusa (9), Meradong (8), Subis (7), Kapit (6), Lundu (5), Beluru (4), Asajaya (3), Julau (3), Sebauh (2), Tatau (2), Telang Usan (2), Belaga (1), Tebedu (1), Song (1) dan Selangau (1).

Dalam pada itu polis Sarawak mengeluarkan tujuh kompaun di Kuching atas kesalahan gagal mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki premis.

Manakala seramai individu di bawah pengawasan (PUS) baharu menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan.


utusanborneo.com.my/2022/03/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2022 07:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.423179 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list