CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

[Sarawak] Dua lelaki tempatan disyaki miliki dadah ditangkap di Mukah

[Copy link]
Post time 10-3-2022 07:42 PM | Show all posts |Read mode


Suspek (kanan) yang merupakan seorang pemandu lori dalam serbuan di Jalan Pasar Baharu Mukah, hari ini.

MUKAH: Dua lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah dalam dua serbuan berasingan di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, serbuan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 20 tahun sekitar jam 10.45 pagi di tepi Jalan Petian.

"Ketika pemeriksaan tubuh badan dijalankan, suspek menyerahkan sendiri satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine," katanya kepada Utusan Borneo.

Berat kasar dadah berkenaan adalah sekitar 0.34 gram (g) dan bernilai RM50.

Sementara itu, serbuan kedua pula melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori.

Serbuan dijalankan di parkir kereta di Pasar Baharu Mukah sekitar jam 11.30 pagi.

Suspek juga menyerahkan sendiri satu keratan penyedut minuman lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.12g yang dianggarkan bernilai RM50.

Siasatan awal pihak polis mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kegiatan dadah sejak awal 2019.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


utusanborneo.com.my/2022/03/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.050474 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list