View: 485|Reply: 1
|
[Sarawak]
Gegaran kuat pukul 6.30 pagi sekitar Samarahan dan Siburan
[Copy link]
|
|
KUCHING: Penduduk di sekitar Samarahan dan Siburan dikejutkan dengan gegaran kuat sekitar jam 6.30 pagi tadi.
Kejadian berkenaan juga menjadi bualan hangat dan tular di kalangan warga maya di media sosial.
Bagaimanapun, Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, pihaknya tidak mengesan sebarang gempa bumi yang berlaku di kawasan tersebut mahupun di negeri ini.
Menurutnya, gelombang seismik yang dikesan tidak signifikan dengan gelombang gempa bumi.
Sebaliknya, beliau berkata gegaran tersebut berkemungkinan berpunca dari aktiviti kuari yang berhampiran kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, mereka juga tidak dapat mengesahkan sama ada gegaran itu berpunca daripada aktiviti letupan kuari.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Susulan gegaran yang berlaku di Kuching, Kota Samarahan, Siburan, Asajaya dan Simunjan awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata pihaknya tidak mengesan sebarang gempa bumi. Menurutnya gegaran kemungkinan berlaku dari aktiviti kuari
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|