
Bomba melakukan operasi memadam kebakaran yang melibatkan bilik utama.
KUCHING: Sebuah rumah di Jalan Taiton, Taman Gold Hill, Bau di sini nyaris musnah selepas bilik utama rumah berkenaan terbakar dalam insiden yang berlaku awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 8.57 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau diketuai PBK ll Kadrie Bogol dikerah ke lokasi.
"Setiba di lokasi mendapati bilik utama rumah teres jenis dua tingkat berkenaan terbakar 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Jelasnya lagi, dalam insiden tersebut tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
utusanborneo.com.my/2022/03/13
|