|

SYAIFUL Afikin Mohd Firus terlepas hukuman gantung. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: Seorang penarik kereta terlepas hukuman gantung dan dilepaskan serta dibebaskan daripada pertuduhan membunuh seorang kontraktor 11 tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu terhadap Syaiful Afikin Mohd Firus, 46, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan di akhir pembelaan.
Tertuduh yang memakai pakaian penjara serba putih kelihatan tenang semasa keputusan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama seorang yang masih bebas didakwa membunuh Saw Yew Siang, 68, di Kampung Pak Jah, Tumpat kira-kira 8 malam sehingga 10 malam pada 3 Oktober 2011.
Tertuduh didakwa mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam Azura Ghazali.
Media sebelum ini melaporkan, Yew Siang ditemui mati dengan kepalanya dibungkus dengan kain dan kedua-dua tangan diikat ke belakang di kebun di Kampung Kubang Palas, Binjai.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|