CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

[Kedah] Kontraktor binaan mohon kecualikan gaji minimum

[Copy link]
Post time 24-3-2022 04:29 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD FAUZEE MUHAMAD

ALOR SETAR: Kontraktor binaan bumiputera memohon kerajaan mempertimbangkan pengecualian bayaran gaji minimum yang berkuat kuasa pada 1 Mei ini kerana didakwa menambah beban kos ekoran kenaikan harga bahan binaan ketika ini.

Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Mohammad Fauzee Muhamad berkata, kadar gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500 dikhuatiri menjejaskan projek pembinaan yang gagal disiapkan kerana kos tambahan tersebut.

“Kenaikan harga bahan binaan antara 20 hingga 60 peratus amat merisaukan. Ini agak berat dan tidak munasabah, contoh kontraktor G1 kenaikan sehingga 60 peratus kerana mengambil bahan daripada pembekal.

“Terbaharu kerajaan mengumumkan pula kenaikan gaji minimum. Adakah kerajaan mengadakan kaji selidik tentang implikasi kenaikan ini?

“Kos tambahan daripada kenaikan gaji minimum ini akan ditanggung oleh kontraktor adalah sehingga 15 peratus termasuk KWSP,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, peningkatan kos tambahan daripada kenaikan gaji minimum itu juga akan menjejaskan pendapatan hampir 100,000 kontraktor bumiputera daripada G1 hingga G7 di seluruh negara.

“Kontraktor selepas ini terpaksa menanggung kos yang di luar kemampuan kontraktor. Majoriti kontraktor yang berjaya memperoleh projek julat kadar keuntungan antara 15 hingga 20 peratus sahaja. Jadi di manakah kami hendak tanggung kos itu?” Soalnya.

Tambahnya, persatuan itu turut berharap kerajaan mempertimbangkan untuk mengembalikan syarat perubahan harga (VOP) untuk semua bahan berkaitan pembinaan bukan hanya untuk tiga jenis termasuk pasir dan besi tetulang.

“Pada tahun lepas dilaksanakan tiga bahan sahaja diluluskan jadi kita mohon keseluruhan bahan diberikan VOP sebelum kontraktor dibebani kerugian dan buang pekerja,” katanya. – UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 1.897318 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list